Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Ada empat
perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen.
Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah
satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu
ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila
berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran.
(Menegakkan benang basah ) “. Riwayat Ahmad
Munafik berasal dari perkataan “nafaqa” yang bermaksud
“terbelah dua” iaitu tidak solid dan tidak jujur dengan Islam.
Setelah kematian Abdullah bin Ubair (ketua geng
munafik), jenazahnya disembahyangkan Rasulullah s.a.w. walaupun Sayyidina Umar
tidak bersetuju dengan tindakan Nabi. Nabi s.a.w. sembahyang kerana pada
zahirnya dia Islam. Pada masa itu juga tiada larangan sembahyang ke atas
munafik. Islam cuma mengambilkira apa yang zahir. Pada zahirnya Abdullah Bin
Ubair sembahyang bersama Nabi, puasa dan turut sama pergi berperang. Jika Nabi
tidak menyembahyangkan jenazahnya pula, orang akan mempersoalkan kenapa baginda
tidak sembahyang jenazah umatnya.
Hadis Ibnu Umar r.a katanya:Ketika Abdullah bin Ubai
bin Salul meninggal dunia, datang anaknya Abdullah bin Abdullah menemui
Rasulullah s.a.w, meminta pakaian Rasulullah s.a.w untuk mengapani jenazah
ayahnya. Rasulullah s.a.w memenuhi permintaan tersebut, kemudian beliau meminta
Rasulullah s.a.w menyembahyangkan jenazah ayahnya. Maka Rasulullah s.a.w
berdiri untuk memenuhi permintaan itu.
Umar berdiri serta menarik baju Rasulullah s.a.w
sambil berkata: Wahai Rasulullah! Adakah kamu ingin menyembahyanginya, tidakkah
Allah melarang dari berbuat begitu?
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah memberi
pilihan kepadaku. Allah telah berfirman:اسْتَغْفِرْ لَهُمْ أَوْ لَا
تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ إِنْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ سَبْعِيْنَ مَرَّةً Yang bermaksud:
Kamu mintalah keampunan untuk mereka atau tidak minta keampunan untuk mereka,
sekirannya kamu meminta keampunan untuk mereka sebanyak tujuh puluh kali, aku
akan menambahnya tujuh puluh kali.
Umar berkata: Abdullah itu orang munafik. Rasulullah
s.a.w tetap menyembahyangi jenazah tersebut.
Oleh sebab itulah Allah menurunkan ayat:وَلَا تُصَلِّ
عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ Yang bermaksud:
Dan janganlah kamu sembahyang jenazah ke atas orang munafik yang mati di antara
mereka dan janganlah kamu berdiri di atas kuburnya.
Tentang soal hati, serahlah kepada Allah yang tahu
zahir dan batin, yang akan check hati mereka dan balas di hari Kiamat:
Al-Jumah [8] ……kemudian kamu akan dikembalikan kepada
Allah Yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada
kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).
Dihari kiamat semua akan didedahkan, termasuk yang di
dalam dada:
Al-A’diyat [10] Dan dikumpul serta didedahkan segala
yang terpendam dalam dada?[11] Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan
mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka pada hari itu
Setelah Nabi mengetahui bahawa Abdullah Bin Ubair
adalah seorang munafik, Baginda membuang baju yang pernah dihadiahkan oleh
Abdullah kepada bapa saudaranya iaitu Abbas. Baju itu dihadiahkan selepas tamat
peperangan kerana saiz badan Abdullah dan bapa saudara nabi (Abbas) adalah
sama. Nabi membuang baju itu ke dalam kubur Abdullah kerana tidak mahu ada
sebarang kebaikan Abdullah tinggal setelah kematiannya.
Nabi s.a.w. sembahyang kerana pada zahirnya dia Islam.
Pada masa itu juga tiada larangan sembahyang ke atas munafik, sehinggalah turun
ayat:
At-Taubah [84] Dan janganlah engkau sembahyangkan
seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya dan janganlah
engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada
Allah dan RasulNya dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka)
No comments:
Post a Comment