Saturday, October 20, 2012

KISAH PEMUDA YANG BERNAMA 'UZAIR

Pada suatu hari ketika 'Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan
pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta tertarik untuk
memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam ini. Sesudah memetik
buah-buahan dia pulang dengan keldainya sambil menikmati keindahan keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang ditungganginya tersesat
jalan. Setelah sekian lama barulah dia sedar bahawa dia telah berada di
suatu daerah yang tidak dikenali oleh beliau serta sudah jauh dari negerinya
sendiri.

Sebaik sahaja dia sampai ke daerah itu dilihatnya kampung itu baru sahaja
diserbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi rosak-binasa sama sekali. Di
tapak atau bekas runtuhan terdapat mayat-mayat manusia yang bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihatkan pemandangan
yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua
keranjang buah-buahan. Manakala keldainya itu ditambat di situ, kemudian
dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh bagi
melepaskan penatnya. Dalam pada itu, fikirannya mula memikirkan mayat
manusia yang sudah busuk itu.

"Bagaimana orang-orang yang sudah mati dan hancur itu akan dihidupkan
oleh Tuhan kembali di negeri akhirat?" begitulah pertanyaan yang datang
bertalu-talu da tidak terjawab olehnya sehingga dia menjadi lemah-longlai dan
kemudian terus tertidur. Dalam tidur itu, dia seakan-akan bertemu dengan
semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah meninggal itu. Tidurnya amat
luar biasa sekali, bukan hanya sejam atau semalam, tetapi dia telah tidur
terus-menerus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun lamanya.

Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di sekitarnya sudah ramai lapisan baru,
rumah serta bangunan-bangunan banyak yang telah didirikan. Dalam masa
seratus tahun itu, segala-galanya sudah berubah, manakal 'Uzair tetap terus
tidur tersandar di dinding buruk itu menjadi jasad (tubuh) yang tidak bernyawa
lagi. Dagingnya sudah hancur dan tulang belulangnya sudah hancur lebur
berderai.

Kemudian jasad 'Uzair yang telah mati, daging dan tulangnya yang sudah
hancur itu disusun kembali oleh Allah pada bahagiannya masing-masing lalu
ditiupkan ruhnya. Dan ketika itu juga 'Uzair hidup kembali seperti dahulu.
'Uzair terus berdiri seperti orang yang bangun dari tidur lantas dia mencari
keldai dan buah-buahannya di dalam keranjang dahulu.
Tidak berapa lama kemudian, turunlah beberapa malaikat seraya bertanya,
"Tahukah engkau ya 'Uzair berapa lama engkau tidur?"
Tanpa berfikir panjang 'Uzair menjawab, "Saya tertidur sehari dua ataupun
setengah hari."

Lalu malaikat pun berkata kepadanya, "Bahawa engkau terdampar di sini
genap seratus tahun lamanya. Disinilah engkau berbaring, berhujan dan
berpanas matahari, kadang-kadang ditiup badai dan berhawa sejuk dan juga
panas terik. Dalam masa yang begitu panjang, makanan engkau tetap baik
keadaannya. Tetapi cuba lihat keadaan keldai itu, dia sendiri pun sudah
hancur dan dagingnya sudah busuk."

Berkata malaikat lagi, "Lihatlah dan perhatikanlah sungguh-sungguh.
Demikianlah kekuasaan Allah. Allah dapat menghidupkan kembali orang yang
sudah mati dan mengembalikan jasad-jasad yang sudah hancur lebur dan
dengan semudah itu pulalah Tuhan akan membangkitkan semua manusia
yang sudah mati itu nanti di akhirat untuk diperiksa dan diadili segala
perbuatannya. Hal ini diperlihatkan oleh Tuhan kepada engkau supaya iman
engkau tetap dan engkau sendiri dapat menjadi bukti kepada manusiamanusia
lain supaya engkau dan manusia-manusia lain tiada syak dan raguragu
lagi tentang apa yang diterangkan Tuhan tentang akhirat itu."

Setelah 'Uzair melihat makanan dan keldainya yang sudah hancur itu, maka
'Uzair pun berkata, "Sekarang tahulah saya bahawa Allah itu adalah berkuasa
ke atas tiap-tiap sesuatu." Tiba-tiba keldai yang sudah hancur berderai itu
dilihatnya mulai dikumpulkan daging dan tulangnya. Dan akhirnya menjadi
seperti sediakala iaitu hidup kembali bergerak-gerak dan berdiri sebagaimana
sebelum mati. Maka 'Uzair pun berkata, "Sekarang tahulah saya bahawa
Allah berkuasa di atas segala-galanya." Lalu dia pun terus mengambil
keldainya dahulu dan terus menunggangnya pulang ke rumahnya dahulu
dengan mencari-cari jalan yang sukar untuk dikenali. Dilihatnya segala-gala
telah berubah. Dia cuba mengingati apa yang pernah dilihatnya seratus tahun
dahulu. Setelah menempuhi berbagai kesukaran, akhirnya dia pun sampai ke
rumahnya. Sebaik sahaja dia sampai di situ, dia mendapati rumahnya sudah
pun buruk di mana segala dinding rumahnya telah habis runtuh. Semasa dia memandang keadaan sekeliling rumahnya, dia ternampak seorang
perempuan tua, lantas dia pun bertanya, "Inikah rumah tuan 'Uzair?"
"Ya," jawab perempuan itu. "Inilah rumah 'Uzair dahulu, tetapi 'Uzair telah
lama pergi dan tiada didengar berita tentangnya lagi sehingga semua orang
pun lupa padanya dan saya sendiri tidak pernah menyebut namanya selain
kali ini sahaja." Kata perempuan itu sambil menitiskan airmata.

'Sayalah 'Uzair," jawab 'Uzair dengan pantas. "Saya telah dimatikan oleh
Tuhan seratus tahun dahulu dan sekrang saya sudah dihidupkan oleh Allah
kembali."
Perempuan tua itu terkejut seakan-akan tidak percaya, lalu dia pun berkata,
"'Uzair itu adalah seorang yang paling soleh, doanya selalu dimakbulkan oleh
Tuhan dan telah banyak jasanya di dalam menyembuhkan orang yang sakit
tenat." Sambunya lagi, "Saya ini adalah hambanya sendiri, badan saya telah
tua dan lemah, mata saya telah pun buta kerana selalu menangis

terkenangkan 'Uzair. Kalaulah tuan ini 'Uzair maka cubalah tuan doakan
kepada Tuhan suaya mata saya terang kembali dan dapat melihat tuan."
"Uzair pun menadah kedua belah tangannya ke langit lalu berdoa ke hadrat
Tuhan. Tiba-tiba mata orang tua itupun terbuka dan dapat melihat dengan
lebih terang lagi. Tubuhnya yang tua dan lemah itu kembali kuat seakan-akan
kembali muda. Setelah merenung wajah 'Uzair dia pun berkata, "Benar,
tuanlah 'Uzair. Saya masih ingat." Hambanya itu terus mencium tangan 'Uzair
lalu keduanya pergi mendapatkan orang ramai, bangsa Israil. 'Uzair
memperkenalkan dirinya bahawa dialah 'Uzair yang pernah hidup di kampung
itu lebih seratus tahun yang lalu.

Berita itu bukan sahaja mengejutkan bangsa Israil, tetapi ada juga meragukan
dan ada yang tidak percaya kepadanya. Walau bagaimanapun berita itu
menarik perhatian semua orang yang hidup ketika itu. Kerana itu mereka
ingin menguji kebenaran 'Uzair. Kemudian datanglah anak kandungnya
sendiri seraya bertanya, "Saya masih ingat bahawa bapa saya mempunyai
tanda di punggungnya. Cubalah periksa tanda itu. Kalau ada benarlah dia
'Uzair."

Tanda itu memang ada pada 'Uzair, lalu percayalah sebahagian daripada
mereka. Akan tetapi sebahagian lagi mahukan bukti yang lebih nyata, maka
mereka berkata kepada 'Uzair, "Bahawa sejak penyerbuan Nebukadnezar ke
atas bangsa dan negara Israil dan setelah tentera tersebut membakar kitab
suci Taurat, maka tiadalah seorang pun bani Israil yang hafal isi Taurat
kecuali 'Uzair sahaja. Kalau benarlah tuan Uzair, cubalah tuan sebutkan isi
Taurat yang betul."

'Uzair pun membaca isi Taurat itu satu persatu dengan fasih dan lancar serta
tidak salah walaupun sedikit. Mendengarkan itu barulah mereka percaya
bahawa sungguh benar itulah 'Uzair. Ketika itu, semua bangsa Israil
punpercaya bahawa dialah 'Uzair yang telah mati dan dihidupkan semual oleh
Tuhan. Banyak di antara mereka yang bersalam dan mencium tangan 'Uzair
serta meminta nasihat dan panduan daripadanya. Tetapi sebahagian
daripada kaum Yahudi yang bodoh menganggap 'Uzair sebagai anak Tuhan
pula. Maha Suci Allah tidak mempunyai anak samada 'Uzair mahupun Isa
kerana semua makhluk adalah kepunyaan-Nya belaka. Janganlah kita waswas
tentang kekuasaan Allah, maka hendaklah dia fikir siapakah yang
menciptakan dirinya itu. Adalah mustahil sesuatu benda itu terjadi dengan
sendirinya tanpa ada yang menciptakan. Kalau masih ada orang yang raguragu
tentang kekuasaan Allah, ubatnya hanya satu sahaja, hendaklah dia membaca dan memahami al-Qur'an, was-was terhadap kekuasaan Allah itu
hanya datangnya dari syaitan.

Allah S.W.T telah meletakkan komputer dalam kepala kita untuk berfikir, oleh
itu gunakanlah akal kita untuk berfikir.

No comments:

Post a Comment