1. Pertama urusan yang
ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan
suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).
2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga
kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi
kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan
zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas
urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis.
Sabna Nabi s. a. w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak
syaitan memandang akan dia.
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat
wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama
isteri-isterinya (Ummu Salamah r. ha. dan Maimunah r. ha.), datang seorang
sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s. a. w. menyuruh
isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang
itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s. a. w.
menjawab,”Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk
suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur
baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya,
maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra
pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada
dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke
rumahnya dengan tidak seizin suaminya.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah
dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa
(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan
lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi
ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh
malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,
ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia
sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan,
maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana
membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat
nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang
tengkoknya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana
ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli
neraka ialah wanita.” Rasulullah s. a. w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya
Rasulullah?” Jawab Rasulullah s. a. w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan
mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun
dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka
menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi
demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Jawab
Nabi s. a. w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat
suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali
ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah
bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.?” Jawab Rasulullah s. a. w. :
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan,
kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan
melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan
melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima
kasih di atas pemberian suaminya.)
iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila
berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin
dengan awak tidak ada apa-apapun.)
iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap
mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka
sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam
sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda,
” Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur
dunia. Mereka itu adalah :-
a. Orang yang gemuk tapi kurus b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang c.
Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya
tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya
tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram
kerana kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Kharizah Fazari r. ha. diriwayatkan telah berkata kepada
puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan
keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah
rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau
tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu
(tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi
tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan
memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia
menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu
akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia
mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah
sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8
kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s. w. t. maka jagalah baik-
baik fikiran mu. b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah
pandangan mu. c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah
lidah mu. d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah s. w. t. f. Lupakan budi baik mu pada orang lain. g.
Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu. h. Ingat kepada mati
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya
seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak
atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya. b. Keluar rumah tanpa izin suami
samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak. c. Keluar rumah kerana belajar
ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu
Ain jika suaminya tidak mampu mengajar. d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama
suaminya. e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika
suami ingin masuk. f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami. g. Minta
talak. h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap. i. Menyakiti hati
suami samada dengan perkataan atau perbuatan. j. Meninggalkan tempat tidur
tanpa izin. k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak
disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita :-
a. Mengekalkan malu pada suaminya. b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika
berpandangan. c. Mengikut kata-kata dan suruhannya. d. Dengar dan diam ketika
suami berkata-kata. e. Berdiri menyambut kedatangannya. f. Berdiri menghantar
pemergiannya. g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur. h. Memakai bau-bauan yang
harum untuk suaminya. i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk
suaminya. j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya. k.
Tiada khianat ketika tiada suaminya. l. Memuliakan keluarga suaminya. m.
Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga. n.
Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha
atau tidaknya suami padanya.
Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian
untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana
agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah akan
datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan
ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani.
Amalan itu ialah :-
1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat
ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.
2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. – Hak Al-Quran hendaklahkhatam2X
setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping ituhendaklah
kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada.
Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapatmengingati Allah s. w. t. Maka dianjurkan
supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas
Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie
“Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar” jika mampu boleh
di sambung “Wa la hawlawalaquwataillabillahi’aliyil’azim”
100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu
amalkanlah doa-doa masnun – doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu
perbuatan ie masa hendak makan, tidur, masuk dan keluar tandas dsb.
3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu
agama). – Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli
keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di
dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis
mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama – Majlis berkenaan
hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan
keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua – Majlis berkenaan
masalah-masalah agama (hukum- ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar
anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnyauntuk belajar.
4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.
5. Hidup sederhana.
6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah
illallah (mengembangkan agama). – Secara Baironi : di luar kampung halaman kita
dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.
Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam
rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi
isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami
redha ke atas kita maka Allah s. w. t. akan redha ke atas kita. Berzikir
,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan
utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan
Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuh dan resah
gelisah.
Artikel
Berkaitan
No comments:
Post a Comment