Nabi Musa Alaihisalam telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wataala
supaya pergi ke bukit Sina untuk menerima wahyu. Semasa pemergian Nabi Musa,
segala urusan telah diserahkan kepada saudaranya Nabi Harun a.s. Pemergian Nabi
Musa mengambil masa selama 40 hari dan 40 malam.
Ketiadaan Nabi Musa a.s telah mengembirakan seorang musuh dalam selimut
bernama Samiri. Dia telah memunafaat masa ini untuk menyesatkan kaum Nabi Musa
yang selama ini telah bersusah payah membentuk dan memberi keimanan kepada
mereka. Sewaktu Nabi Musa menyeberangi Laut Merah setelah pulang dari Mesir,
kaki kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa telah tenggelam dalam pasir di tengah
lautan yang kering itu. Dengan segala usaha yang dilakukan oleh Nabi Musa, kuda
yang ditungganginya tetap tidak mahu meneruskan perjalanan untuk menyeberangi
Laut Merah.
Kerana itu Allah telah mengutuskan malaikat Jibrail dengan menunggang kuda
betina. Melihat lawan sejenisnya kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa telah
mengejar kuda yang ditunggangi oleh Malaikat Jibrail. Samiri yang ikut serta
dalam rombongan tersebut telah mengambil segenggam pasir bekas tapak kaki kuda
yang ditunggangi oleh Jibrail dan disimpannya untuk dijadikan azimat.
Apabila tiba masa yang sesuai iaitu semasa Nabi Musa bersunyi di Bukit
Sina, Samiri membuat patung seekor lembu daripada emas murni. Setelah siap,
patung itu diisinya dengan pasir yang di ambil dari bekas tapak kaki kuda
Jibrail. Dalam waktu yang singkat sahaja patung lembu tersebut dapat
mengeluarkan suara. Melihat keadaan tersebut, umat Nabi Musa datang
berduyun-duyun kepada Samiri. Samiri memimpin mereka menyembah patung lembu
yang menakjubkan itu.
Nabi Harun sangat marah setelah melihat umatnya menyembah berhala, lalu
berusaha mencegah umatnya daripada terus syirik kepada Allah bahkan umatnya
mengancam Nabi Harun untuk membunuhnya jika Nabi Harun terus melarang mereka
menyembah patung lembu tersebut. Nabi Harun tidak dapat berbuat apa-apa untuk
melarang mereka daripada terus menyembah patung tersebut. Setelah kembali daripada
Bukit Sina, Nabi Musa sangat marah kerana melihat umatnya telah murtad.
Nabi Harun telah di persalahkan dalam hal ini. Dalam keadaan marah yang
tidak dapat dikawal Nabi Musa telah menarik janggut Nabi Harun menyebabkan
janggut yang dipegang oleh Nabi Musa telah bertukar menjadi putih manakala
janggut yang tidak terkena tangan Nabi Musa kekal berwarna hitam. Sejak itu
janggut Nabi Harun mempunyai dua warna iaitu putih dan hitam.
No comments:
Post a Comment