Pada masa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman, semua binatang, syaitan dan jin
adalah dibawah kekuasaan pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman. Kisah ini adalah
diantara kisah-kisah yang terjadi semasa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman.
Oleh kerana baginda amat dihormati, ramailah manusia, binatang dan jin
ingin berbakti kepada baginda. Pada suatu hari Jin Ifrit telah keluar daripada
bandar Baitulmaqdis kerana ingin mencari sebiji mutiara yang sangat cantik
untuk dihadiahkan kepada Nabi Sulaiman supaya dia mendapat pujian daripada Nabi
Sulaiman dan sekaligus ingin membuktikan kepada jin dan syaitan yang lain
bahawa dialah jin yang paling disayangi oleh Nabi Sulaiman. Secara
senyap-senyap Jin Ifrit keluar supaya tidak diketahui oleh makhluk yang lain.
Setelah sampai di Laut Merah Jin Ifrit menyelam di dasar lautan untuk mencari
mutiara tersebut. Setelah puas menyelam, mutiara tersebut tidak juga dijumpai
oleh Jin Ifrit sehingga sampai ke suatu tempat yang berbatu, ternampak olehnya
kilauan dari celah-celah batu tersebut. Setelah diamatinya ternyata kilauan
tersebut adalah mutiara yang sangat cantik yang dicari- carinya. Jin Ifrit
terus mangambil mutiara tersebut dan berenang sehingga sampai ke tepi pantai.
Semasa perjalanan pulang, Jin Ifrit tidak mengetahui bahawa dia telah
diekori oleh jin lain yang bernama Bota. Bota terus mengejar Jin Ifrit dan
memintas lalu merampas mutira tersebut. Jin Ifrit sangat marah lalu mengejar
Bota. Oleh kerana Bota lari dengan pantas ke arah selatan menyebabkan Jin Ifrit
tidak dapat mengejarnya lagi. Jin Ifrit sangat takut kalau-kalau diketahui oleh
Raja Jin bahawa mutiara tersebut telah hilang. Tidak lama kemudian Jin Ifrit
mendengan suara memanggilnya. Ifrit mengenali suara tersebut adalah suara Raja
Jin. Dengan segera Ifrit pergi mengadap Raja Jin. Raja Jin bertanya kepada
Ifrit "Mana mutiara tersebut ?" Ifrit menjawab "Mutiara tersebut
telah dirampas oleh Bota".
Raja Jin mengambil keputusan untuk mempersempahkan kes tersebut kepada Nabi
Sulaiman. Satelah tiba dihadapan Nabi Sulaiman, baginda bertanya kepada Raja
Jin "Apakah kesalahan Ifrit?". Raja jin menjawab "Ifrit telah
menghilangkan sebiji mutiara yang sangat cantik". Nabi Sulaiman berkata
kepada Ifrit "Adakah kamu telah menyembunyikan mutiara tersebut?"
Ifrit menafikannya dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Nabi Sulaiman
berkata "Aku akan panggil semua jin dan syaitan untuk diperiksa".
"Sementera itu kamu akan dipenjarakan terlebih dahulu sehingga kamu
dibuktikan tidak bersalah" kata Nabi Sulaiman.
Salah seorang yang mendengar perbicaraan tersebut ialah Perdana Menterinya
yang bernama Asif. Beliau adalah seorang yang bijak dan tahu bahawa Bota adalah
salahseorang hamba kepada orang lain. Beliau berkata kepada Nabi Sulaiman
" Allah menjadikan peristiwa sebagai pembuka jalan kepada Nabi Sulaiman
supaya pergi ke selatan untuk berjuang pada jalan Allah seperti baginda
janjikan dahulu". "Mungkin Raja tersebut masih menyembah
berhala" sambung Perdana Menteri. Nabi Sulaiman menerima kata-kata
tersebut lalu baginda berangkat ke Baitulmaqdis untuk beribadah dan bersyukur
kepada Allah keatas nikmatNya.
Borgata Hotel Casino & Spa Announces Debuts with
ReplyDeleteBorgata Hotel Casino & Spa has announced the official 안양 출장샵 launch of a new 동해 출장샵 partnership with MGM Resorts International 양산 출장마사지 to 안동 출장안마 offer guests the opportunity 포천 출장안마 to