Saturday, December 7, 2013

Pilihanraya Kampus



Tahukah adik-adik,

Bila kita besar nanti dan masuk universiti (kalau ada rezekilah), dalam tu adik-adik akan memulakan pilihanraya pertama sebelum adik-adik layak mengundi dalam pilihanraya yang sebenar.

Namanya, pilihanraya kampus atau singkatannya PRK.

Di universiti, adik-adik akan diberi pilihan nak pilih pihak yang mana.

Macam biasa, hanya ada satu pihak yang baik. Tidak semua pihak itu baik. Dalam filem dan drama atau novel, mesti ada watak protagonis dan antagonis. Ada hero, ada penjahat.

Biasanya ada dua pihak besar.

Kedua-dua pihak menawarkan macam-macam janji. Biasanya, janji untuk kemudahan-kemudahan prasarana universitilah. Contohnya, penambahan mesin ATM, transportasi bas percuma, Wi-Fi lebih luas coverage dan bagus, dan macam-macam lagi.

Tapi adik-adik boleh bezakan dengan senang sekali. Antara kedua-dua pihak ini, ada satu pihak yang suka sangat kepada hiburan. Kerana pihak inilah, adanya gigs, konsert-mini, battle of the band di dalam universiti yang mana jika dinilai dari sudut Islam, ianya tidak begitu syarie.

Jadi, adik-adik jangan pilih yang cenderung ke arah hiburan.

Jika ada pihak yang menawarkan janji ke arah lebih Islamik, pilih yang itu. Jangan kerana slogannya sahaja Islamik. Itu silap. Lihat manifestonya. Kata-kata mereka, pemimpin mereka. Kalau pemimpin itu budak surau, itu suatu kelebihan. Kerana dengan pemimpin beginilah, adanya Usrah dan Tazkirah.

Pilih pihak yang selalu dikhianati ketika kempen.
Kenapa? Kerana orang yang dikhianati ataupun dizalimi doanya makbul.

Biasanya adik-adik boleh tengok, poster-poster dicabut, banner-banner dibuang, diconteng, dispray, dan macam-macam lagi perangai kebudak-budakkan. Adik-adik kena ingat, masuk universiti ni nampak sahaja macam remaja matang, tetapi perangai masih UPSR.

Jadi adik-adik, persiapkan dirimu.
Pilih dengan bijak.

Adik-adik jangan takut mengundi pihak yang dirasakan benar. Ini universiti. Cikgu besar tak ada nak marah kalau kamu pilih mana-mana pihak yang kamu suka.

Orang yang pesimis adalah orang tidak mahu ambil peduli pun apa yang berlaku dalam universiti, tidak mahu pun turun mengundi. Nak duduk diam-diam tak mahu campur.

Terima kasih.