Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian,
Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh
kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya
lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali.
Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada
burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik,
sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau
siramkan itu.’
Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api
tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku
nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya
samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘.
Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak
jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan
harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun
sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)
Anbiyaa [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat
sejahtera kepada Ibrahim!.
Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda
:”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang
melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya
dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”
Iktibar daripada cerita di atas, jadi apa yang telah anda lakukan wahai
pembaca untuk agama Allah S.W.T?
No comments:
Post a Comment