Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan
mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As Syahid Imam hassan Al Banna.
Walaupun telah 66 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan
kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi
dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.
Tanggal 12
Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam
khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang
ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam
ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam
hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok,
pemerintah Mesir pada ketika itu.
Imam Hassan
Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak
di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga
Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan
nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang
merendah diri dan hidup dalam keadaan yaug serba sederhana.
Hassan al
Banna merupakani anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn
Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa
buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti
Al Azhar Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah,
merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai
pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang
selebihnya digunakann untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama
seperti tafsir al Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.
Sebagai
seorang ulama, Sheikh Ahmed Abd Rahman al-Banna mempunyai perpustakaan yang
agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari
Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di
rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalarn
perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada
pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan
keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.
Sifat kepimpinan
Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi
pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi yang dikelolakan
oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri
majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-lkhwan al-
Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang
kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam Muslimin
Keluarga
Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran
Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang begitu
muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana
beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah memasuki
Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu
pengetahuannya yang luas.
Semasa di
Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan
aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk.
Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan
sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau
kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram al-Akhlaq yang giat mengadakan
ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan
rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi
dan tempat perhimpunan orang ramai.
Pada
peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam
terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan
lain-lain..
Menubuhkan lkhwanul Muslimin
Pada Mac
1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang
sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana
Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu
beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru
bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.
Ketika
ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al
Banna dengan tegas menjawab,
“Ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk
memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan
dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang
dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang
dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua.”
Setelah
berkhidmat selarna 19 (tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan
pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat
di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan
Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.
Di dalam
buku "Letter To A Muslim Student" (FOSIS,1995) kedinamikan Ikhwan
Muslimin dijelaskan,
“Pencapaian Hassan al Banna yang paling membanggakan ialah kernampuannya
membangunkan organisasi yang canggih dan berjaya menterjemahkan wawasannya
dalam kehidupan sebenar. Ikhwan bukan sekadar pertubuhan yang berasaskan
sosial, politik atau kumpulan agarria tetapi lebih dari itu.”
Menurut Dr.
Muhammad Karnal khalifah, Pensyarah di Universiti Cairo melalui mukadimah buku
Ikhwan Muslimin dan Masyarakat Mesir, kemunculan Hassan Al Banna yang mendapat
inspirasi dari Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh, serta menjalani aliran
rakyat melahirkan golongan mukmin yang sebenar-benarnya melalui pengajian dan
pembelajaran untuk menyebarkan akidah yang sahih, kefahaman yang betul dan
menyeluruh tentang Islam dan sistemnya. Beliau berjuang bersungguh-sungguh
untuk mencapai cita-cita tersebut. Usaha beliau ini amat dikagumi masyarakat
Mesir sehingga Islam kembali kepada kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat.
Dalam usia
yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang
apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar
dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan
golongan intelektual dan orang biasa.
Berdasarkan
kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi.
Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu:
· Memperkenalkan Ikhwan dan
menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan.
· Kemudian membentuk keperibadian
anggota agar bersedia menjalani jihad.
· Seterusnya melaksanakan cita cita
perjuangan dengan tegas.
lkhwan
Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama
selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam
perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin sebagai
negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50
cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah,
masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih
setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong (sesetengah sumber
menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan kesernuanya telah wujud di Mesir
dan 50 di Sudan dihasil-kerja Ikhwan yang melangkaui batas negara.
Dalam satu
jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan
siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab,
“Saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti
kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan,
kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk
menaikkan Islam.”
Malah,
kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka untuk minum
teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja kebajikannya
untuk membantu anak-anak yatim dan janda. Malah pegawai atasan British
menjelaskan bahawa dunia sangat kacau-bilau dan Mesir perlu dibangunkan sebagai
negara yang moden dan makmur.
Pengharaman Ikhwan Muslimin dan Pembunuhan Hassan AI-Banna
Pengaruh
Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi
Pasha dari Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948 Beliau telah mengharamkan
Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan
kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu orang pejuang dalam
perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang
berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan.
Sekiranya
masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan
pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di
Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan
terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam
penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang
wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab,
“Apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya.”
Begitu
mendalam kata katanya.
Tidak lama
kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah
dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda
pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke
dalam penjara.
Dengan
alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara Ikhwan
Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding
bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu
hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.
Pada 12
Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur,
seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut.
Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk
berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.
Akhirnya
setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang.
Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali
menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan
tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu. Iparnya itu tidak dapat
bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan,
Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al
Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.
Setibanya di
hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan
tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna. Pada pukul
12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat
tumpahan darah yang banyak.
Pengurusan Jenazah
Pada pukul
satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna
dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk
beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang
perhimpunan, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri
terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah
anaknya itu.
Ayah Hasan
al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah
as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang
dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga
terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan
sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke
rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui
masa ketibaannya.
Sheikh Ahmad
Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan
penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43
tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon
pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis
ruenjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.
Polis tidak
membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan
tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa
apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu
menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu
telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya
meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah
ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke
perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.
Pada waktu
itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah
dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Barma menamakannya
"Esteshhaad" yang bermaksud syahid.
Pembunuhan
Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk
dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang
tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat. Kes pembunuhan ini
walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan.
Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi.
Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari. Ketiga, pada zaman
pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya.
Pada 23
Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari
singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan
pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur
hidup dengan kerja berat.
Pemandu
kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15
tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan hukuman satu tahun
penjara dengan kerja berat.
Sejak
pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah
ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan
itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan
sayapnya di negara-negara Arab. Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab
pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan
Ikhwan Muslimin.
Tegasnya,
Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya
menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan
dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui
Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan
pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.
Original
link: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1006