Ilmu Allah itu sangat luas.
Dikatakan bahawa sebelum bangsa manusia mendiami bumi ini, terdapat bangsa lain
yang dahulu mendiami bumi. Mereka ini dikenali sebagai bangsa Polip. Mereka ini
hidup dibumi Allah jutaan tahun sebelum manusia dijadikan. Bangsa Polip bukan
dari bangsa jin, malaikat ataupun bangsa manusia. Mereka merupakan makhluk
ciptaan Allah yang lain sebelum manusia ditempatkan di muka bumi ini sebagai
Khalifah.
Dikatakan juga bahawa
bangsa Polip adalah sama seperti manusia tetapi mereka ini mempunyai sepasang
sayap untuk mereka berterbangan. Ada yang menyatakan mereka Pari - Pari, ada
pula yang mengatakan mereka ini mempunyai sayap serta berkaki banyak.
Wallahualam.
Kemudian aku terjumpa satu artikel berbentuk perbualan seorang ustad dengan
bangsa Polip dari sebuah blog tempatan iaitu darulmanzil.blogspot.com. Berikut
adalah perbualan mereka.
Dua minggu yang lalu,
saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM.
Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.
Dari perbualan sebelum
rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi.
Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan
Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.
Luahan tersebut
membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa
mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya,
insyaallah, sembuh lah penyakitnya..
Simptom gangguan pada
pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang
sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis.
Begitulah yang berlaku setiap bulan..
Maka, saya ambil
pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan
sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki
tu nampak normal jer..
Lama saya dok termenung
ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok
Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin
'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah
lagi kalau harum semerbak...
Lalu, saya minta izin
pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru
teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga
pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum
semerbak..
Setelah itu saya ke ruang
rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit,
tiba-tiba...
Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai
minyak wangi apa ni..?"
Kelihatan suara pesakit
berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.
Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"
Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia
pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "
Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah
sangat.."
Seraya itu dia tersenyum
dengan kata-kata saya..
Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh
cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak
akan tipu.".
Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan
sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"
Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku
sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."
Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"
Pesakit: "Agama Monoteisme"
Saya: "Agama apa tu..?"
Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak
sekolah ker?"
*Terkena jugak RIDAM.. :(
Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."
*Masa tu tangan kanan dah
diangkat..rasa nak lempang jer...
Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku
Poppy..Nama aku Mizari"
*Tangan saya tak jadi di
angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..
Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"
Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum
tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."
Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."
Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak
puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."
Kemudian dia menangis
teresak-esak..
Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan
yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat
kami.."..
Terduduk saya mendengar
cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan
Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam
buku tersebut..
Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah
Al-Hin?"
Seraya itu dia
mengangguk..
Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku
dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain
banyak, tapi aku dah lupa...."
Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"
Dia terdiam sejenak..
Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari
ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia
lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."
Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada
kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat
'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"
Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan
ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku
belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana
ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."
Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana
pulak tu?"
Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan
semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin
kan la.."
Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak
marah kan..?"
Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri
kamu.."
Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak
ni?"
Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."
Dari badan pesakit
tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia
berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu
tak takut dengan dia..
Cerita tersebut disahkan
bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..
Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk
mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"
Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin
kan...?"
Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu
menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang
disuruh dan dijamin Allah..."
Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu
pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."
Lalu di bacakan ayat
surah Adz-Dzariyaat:56
Maksudnya:
'Dan aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'
Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak
pernah menduakan Allah.."
*Tidak ada apa yang mampu
saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..
Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan
lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini?
Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"
Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi
berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."
Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"
Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."
Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."
Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf
sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa
aku...boleh?"
Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa
pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"
Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni
masa sakit tadi?"
Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"
Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok
bulan?"
Saya: "A'ah...kenapa?"
Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam
kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."
Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."
Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku..
Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar
Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."
Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"
Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."
Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."
Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."
Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan
terakhir ni..Boleh?"
Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak
ni..Hah..apa dia?"
Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu
tu..."
Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali
sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah
yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"
Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam
orang-orang yang beriman.."
Sebelum dia keluar, dia
mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5
minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami
akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..
Hanya sebagai syarat asas
rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di
rumah.. Pesakit pulang selepas itu..
---------
3 hari kemudian, bapa
pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak
saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang
diniatkan..
----------
Saya juga telah
mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat
parasnya..
Badannya berbulu putih,
berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan
mimpi....
Saya ada membuat sedikit kajian selepas peristiwa ini dan menjumpai ayat ini
dalam Al-Quran:
1)Al Ankabuut - Ayat 19
'Dan apakah mereka tidak
memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya ,
kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah
bagi Allah.'
2)Al An'am - Ayat 6
'Apakah mereka tidak
memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka,
padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu
keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan
yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka
, kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami
ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'
3)Kisah bumi tak bagi
malaikat ambil tanah untuk dijadikan manusia.
Pada suatu ketika, Allah
SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil
sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila
Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan
Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali
ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah
bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan
selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi
masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong.
Lalu yang terakhir, Allah
menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah
kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan
ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas
perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan
perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan
tanahnya itu diambil.
Setelah Izrail mengambil
beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya
Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di
belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail
khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman
lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku
jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
*Berikut merupakan
riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan
tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi
untuk diambil tanahnya.
Kebimbangan bumi bukanlah
kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi
khuatir seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna
bumi telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka
bumi ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi apabila
Allah S.W.T hendak menciptakan kambing, ikan atau lembu?
-----------------
1)Pembaca sekalian..saya
hanya menceritakan pengalaman yang belum pernah saya alami sepanjang pengalaman
saya dalam perubatan alternatif ini..
2)Saya juga bukan lah
pakar mentafsir Al-Quran dan tidak pandai berbahasa Arab. Ayat Al-Quran yang
saya pamerkan ini hanyalah pada pemahaman sendiri. Jika salah pemahaman saya
dari sudut kaedah undang-undang tafsir, maka saya memohon jutaan maaf dan ampun
di atas pemikiran saya tersebut.
3)Pendapat saya,
anggaplah pengalaman ini sebagai PERINGATAN kepada manusia. Kita sudah mungkin
menghampiri 'akhirnya'. Maka, seharusnya kita bermunasabah dan tidak leka
mengingati Allah..
dari pena saya-durrahnur
:
saya berharap pembaca-pembaca yang mengetahui maklumat lanjut mengenai
kewujudan AL-HIN sebelum sejarah penciptaan manusia dapatlah kiranya berkongsi
bersama-sama agar ia menjadi manfaat bersama.Sesungguhnya,ALLAH yg lebih
mengetahui tiap urusan perkara ghaib itu dan sebagai hamba,kita perlu mengimani
setiap perkara ghaib yang hanya tertakluk dibawah bidang kuasa ALLAH
AZZAWAJALLA..