Sunday, December 2, 2012

IMAM HANAFI MENGHADIAHKAN 1,000 DIRHAM PADA PENGUMPAT...




Walaupun sibuk dengan beribadat dan mengembangkan ilmu agama namun, Imam Abu Hanifah tidah lupa denga perniagaannya . Beliau bukan sahaja dikurniakan ilmu pengetahuan yang tinggi malah dikurniakan juga dengan rezeki yang banyak hingga menjadi kaya raya.


Imam Abu Hanifah dihormati serta disayangi orang ramai. Namun ada juga yang merasa iri hati dengan kekayaan serta kemasyhurannya. Pada suatu hari dia terdengar perbualan di antara seorang lelaki bernam Jabar dengan Ahmad pembantu kedainya.


"Orang ramai mengatakan Imam Abu Hanifah itu seorang yang zuhud , warak dan ulama yang hebat. Tetapi aku mengatakan sebaliknya. Dia bukan seorang yang zuhud,"kata Jabar.


"Mengapa kamu berkata begitu?" tanya Ahmad yang berasa kurang senang dengan lelaki itu.
"Umar al-Khatab cuma memiliki dua pasang pakaian. Dipakainya pakaian itu sehingga bertampal di sana sini sedangkan beliau seorang khalifah. Tetapi bagaimana pula dengan Imam Abu Hanifah ? Beliau bermewah-mewah dengan pakaiannya. Setiap hari beliau bertukar pakaian yang cantik mahal harganya. sebab itu aku katakan dia bukan zuhud . Dia seorang yang suka bermegah dan suka membazir,"kata Jabar dengan nada yang agak kuat supaya didengari pelanggan yang berada di kedai itu .


"Kamu datang hendak membeli pakaian atau hendak mengumpat imam Abu Hanifah ?"tanya Ahmad sambil memandang Jabar dengan rasa marah .


"Aku berkata yang benar walapun pahit ,'jawab Jabar tanpa rasa
bersalah.


Apabila mendengar kata-kata lelaki itu , Imam Abu Hanifah segera datang mendapatkannya. Jabar mula berasa takut sekiranya dimarahi Imam Abu Hanifah .

"Jangan takut kerana saya tidak marah . Malah saya mahu memberi kamu hadiah seribu dirham,"kata Imam Abu Hanifah lalu memberikan duit kepada lelaki itu .
"Aku menyangka tuan akan memukul ataupun paling kurang memarahi aku. Tetapi mengapa tuan tidak lakukan ? Sebaliknya menghadiahkan aku seribu dirham? ,"tanya Jabar dengan rasa hairan.


"Kamu memberi saya pahala kerana mengumpat . Kerana itu saya mahu membalas dengan memberikan hadiah kepada kamu," jawab Imam Abu Hanifah .


Kemudian katanya lagi,"Tuhan mengurniakan saya rezeki hingga membolehkan saya membantu mereka yang memerlukan . Saya mempunyai sebuah kilang pakaian kerana itu saya berpakaian cantik apabila mengadap Tuhan . Semua itu saya lakukan sebagai tanda syukur .


Lelaki itu merasa malu lalu segera beredar dari situ. Orang ramai yang berada di dalam kedai itu memuji kesabaran Imam Abu Hanifah . Walaupun diumpat oleh Jabar , namun dia tidak marah malah memberinya hadiah kerana yakin apabila seseorang itu kena umpat dia pasti mendapat pahala .

No comments:

Post a Comment