"Mari ku ajarkan kamu ilmu
ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pen
untuk menulis."
"Tak payah, bawa sahaja karung
guni."
"Karung guni?" soal anak
muridnya seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"
Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua
melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan
masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa banyak soal,anak muridnya
memasukkan batu-batu besar yang mereka temui
di sepanjang jalan.
"Cukup?" tanya anak muridnya.
"Belum. Isi sampai penuh karung
guni itu."
Sampai di pasar, mereka berdua tidak
membeli apa-apa. Berlegar-legar, melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar
keluar.
"Tuan Guru, kita tidak beli
apa-apa?"
"Tidak. Bukankah karung gunimu
telah penuh?"
"Ya,ya..."kata si murid, agak
kelelahan.
"Banyak beli barang," tegur
seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni
yang kelihatan berat itu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang
kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli,"
kata seseorang yang lain.
"Agaknya, mereka hendak buat
kenduri besar kot,"kata yang lain pula.
Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,
si murid meletakkan guni yang meberisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh.. apa yang kita
nak buat dengan batu-batu Tuan Guru?"
"Tak buat apa-apa"
"Eh, kalau begitu letih sahajalah
saya,"Balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah
belajar tentang ikhlas."
"Ikhlas?"si murid kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya
jika tidak ikhlas dalam beramal,"
"Dengan memikul batu-batu
ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan
yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya
seperti orang-orang dipasar tadi memuji
banyaknya barang yang kamu beli.
Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang
makanan atau keperluan, tetapi
hanya batu-batu."
"Amal yang tidak ikhlas umpama
batu-batu ini?"
"Ya. hanya berat sahaja yang
ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu
dapat, Hanya penat."
"Ya, sekarang saya faham apa akibat
jika beramal tetapi tidak ikhlas!"
Ujar si murid.
PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu delam
beramal kerana mengharapkan pujian.
Padahal kata-kata pujian hakikatnya
hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang
bermuka-muka.
Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa
di dunia, terseksa di Akhirat"
# Jika anda IKHLAS membaca kisah ini ,
share lah kpd sahabat2 dgn IKHLAS . InsyaAllah dapat pahala dari ALLAH SWT .