Wednesday, November 28, 2012

Perkara Ghaib Semasa Peperangan Di Gaza


PERISTIWA AJAIB DI PEPERANGAN DI GAZA


Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu. Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza :



Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka.


Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya.


Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!


Peristiwa 2


Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???


Peristiwa 3


Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.


Peristiwa 4


Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!


Peristiwa 5


Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !


Peristiwa 6


Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?


Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!


#ALLAH BERSAMA KITA... DOA JGN PERNAH BERHENTII...SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA BUKAN ORG PALESTIN,.,TAPI SAYA ORG ISLAM..ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU..TOLONG MEREKA...WALAUPUN DENGAN DOA..


"Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon padaMu Ya Allah, turunkanlah bantuanMu kali ini kepada saudara-mara kami di bumi Palestin, syria, dan di mana shj umat islam ditindas.. dan hancurkanlah tentera Zionis laknatullah!"


Sahabat Ku bacalah surah al-Baqarah ayat 26-27 dan surah yunus ayat 85,86,88 malam ini. Tolong sebarkan. Agar israel hancur.


Foward kepada seluruh umat islam. Saudara seagama telah dikepong tunggu masa untuk disembelih. Keadaan amat dasyat. Itu sahaja jihad kita. Mintak tolong sangat2 kepada sahabat2 sebar seramai mungkin.


# hanya doa yang mampu kita kirimkan, semoga Allah makbulkan doa kita semua

Kisah Pelik Peperangan di Gaza.

Gaza, itulah nama hamparan tanah yang luasnya tidak lebih dari 360 km persegi. Berada di Palestin Selatan, "tersepit" di antara tanah yang dikuasai penjajah Zionis Israel, Mesir, dan laut Mediterania, serta dikepung dengan tembok di sepanjang daratannya.Sudah lama Israel "bernafsu" menguasai wilayah ini. Namun, jangankan menguasai, untuk boleh masuk ke dalamnya sahaja Israel sangat kesulitan.Sudah banyak cara yang mereka lakukan untuk menundukkan bandar kecil ini. Sekatan rapat yang membuat rakyat Gaza kesulitan memperolehi bahan makanan, ubat-ubatan, dan tenaga, telah dilakukan sejak 2006 hingga kini. Namun, penduduk Gaza tetap bertahan, bahkan perlawanan Gaza atas penjajahan Zionis semakin menguat.

Akhirnya Israel melakukan serangan "habis-habisan" ke wilayah ini sejak 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009. Mereka "membasahkan" ratusan tan bom dan mengerahkan semua kekuatan sehingga pasukan cadangannya.Namun, sekali lagi, negara yang tergolong memiliki tentera terkuat di dunia ini harus berundur dari Gaza.Di atas kertas, kemampuan senjata AK 47, roket anti tank RPG, ranjau, serta beberapa jenis roket buatan tempatan yang biasa dipakai para mujahidin Palestin, tidak akan mampu menghadapi pasukan Israel yang didukung kereta kebal Merkava yang dikenali terhebat di dunia. Apalagi menghadapi pesawat tempur canggih F-16, helikopter tempur Apache, serta ribuan tan "bom canggih" buatan Amerika Syarikat.Akan tetapi di sana ada "kekuatan lain" yang membuat para Mujahidin mampu membuat "kaum penjajah" itu melarikan diri dari Gaza dengan muka tertunduk, walau hanya dengan berbekal senjata-senjata kuno.Itulah pertolongan Allah Subhanahu wa Ta'ala yang diberikan kepada para pejuangnya yang taat dan ikhlas. Kisah tentang munculnya "pasukan lain" yang ikut bertempur bersama para mujahidin, semerbak harum jasad para syuhada, serta beberapa "peristiwa ajaib" yang lain selama pertempuran, telah beredar di kalangan masyarakat Gaza, ditulis para wartawan, bahkan disiarkan para khatib Palestin di khutbah-khutbah Jumaat mereka.

Berikut ini adalah rangkuman "kisah-kisah ajaib" tersebut dari pelbagai sumber untuk kita ingat dan renungkan.

Pasukan "Berseragam Putih" di Gaza ...
Ada "pasukan lain" membantu para mujahidin Palestin. Pasukan Israel sendiri mengakui adanya pasukan berseragam putih itu.

Suatu hari di penghujung Januari 2009, sebuah rumah milik keluarga Dardunah yang berada di antara Jabal Al Kasyif dan Jabal Ar Rais, tepatnya di jalan Al Qaram, didatangi oleh sekelompok pasukan Israel.

Seluruh ahli keluarga diperintahkan duduk di sebuah bilik. Salah satu anak laki-laki disoal siasat mengenai ciri-ciri para pejuang al-Qassam.

Saat disoal siasat, sebagaimana ditulis laman Filisthin Al Aan (25/1/2009), mengutip cerita seorang mujahidin al-Qassam, laki-laki itu menjawab dengan jujur bahwa para pejuang al-Qassam mengenakan baju hitam-hitam. Akan tetapi tentera itu malah marah dan memukulnya hingga laki-laki malang itu pengsan.Selama tiga hari berturut-turut, setiap ditanya, laki-laki itu menjawab bahawa para pejuang al-Qassam memakai seragam hitam. Akhirnya, tentera itu naik pitam dan mengatakan dengan keras, "Wahai pembohong! Mereka itu berseragam putih! "Cerita lain yang disampaikan penduduk Palestin di laman milik Brigade Izzuddin al-Qassam, Multaqa al-Qasami, juga menyebutkan adanya "pasukan lain" yang tidak dikenali. Awalnya, sebuah ambulan dihentikan oleh sekelompok pasukan Israel. Pemandunya ditanya sama ada dia berasal dari kumpulan Hamas atau Fatah? Pemandu malang itu menjawab, "Saya bukan kumpulan mana-mana. Saya cuma pemandu ambulan. "Akan tetapi tentera Israel itu masih bertanya,

"Pasukan yang berpakaian putih-putih dibelakangmu tadi, masuk kelompok mana?"Si pemandu pun kebingungan, kerana ia tidak melihat seorangpun yang berada di belakangnya. "Saya tidak tahu," jawapan satu-satunya yang ia miliki.Cerita mengenai "pasukan tidak dikenal" juga datang dari seorang penduduk rumah tersusun wilayah Tal Islam yang hendak berpindah bersama keluarganya untuk menyelamatkan diri dari serangan Israel.Di tangga rumah ia melihat beberapa pejuang menangis. "Kenapa kamu menangis?" Tanyanya."Kami menangis bukan kerana khawatir keadaan diri kami atau takut dari musuh. Kami menangis kerana bukan kami yang bertempur. Di sana ada kumpulan lain yang bertempur memporak-perandakan musuh, dan kami tidak tahu dari mana mereka datang, "jawabnya.

Saksi tentera Israel ...

Cerita tentang "tentera berseragam putih" tak hanya diungkap oleh mujahidin Palestin atau warga Gaza. Beberapa pasukan pasukan Israel sendiri menyatakan hal serupa.Laman al-Qassam memberitakan bahwa TV Channel 10 milik Israel telah menyiarkan seorang anggota pasukan yang ikut serta dalam pertempuran Gaza dan kembali dalam keadaan buta."Ketika saya berada di Gaza, seorang tentera berpakaian putih mendatangi saya dan menaburkan pasir di mata saya, hingga saat itu juga saya buta," kata anggota pasukan ini.Di tempat lain ada tentera Israel yang mengatakan mereka pernah berhadapan dengan "hantu". Mereka tidak diketahui dari mana asalnya, pada bila-bila munculnya, dan ke mana menghilangnya.

Masih dari Channel 10, seorang tentera Israel lainnya mengatakan,"Kami berhadapan dengan pasukan berbaju putih-putih dengan janggut panjang. Kami tembak dengan senjata, akan tetapi mereka tidak mati. "
Cerita ini menggelitik banyak penonton. Mereka bertanya kepada Channel 10, siapa sebenarnya pasukan berseragam putih itu?Apakah pasukan berbaju putih itu adalah MALAIKAT bantuan Allah, sebagaimana Allah telah membantu dalam perang Badar dalam Al-Quran?

"(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu:" Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut ". (QS. 8: 9)

Kisah Kaab Bin Malik







Kisah Ka’ab bin Malik dalam perang Tabuk ini sudah tidak asing lagi bagi para daei dan pejuang-pejuang dakwah Islamiyyah. Kisah bagaimana Ka’ab bin Malik serta dua lagi sahabat yang ditangguh penerimaan taaubat mereka akibat tidak turut berperang bersama kaum Muslimin dalam peperangan Tabuk memberi banyak pengajaran kepada kita.


Ka’ab bin Malik menceritakan halnya:




“Aku sama sekali tidak pernah terlepas mengikuti semua peperangan bersama RasuluLLAH, kecuali dalam perang Tabuk. Perihal ketidakikutsertaanku dalam perang Tabuk itu adalah kerana kelalaian diriku terhadap perhiasan dunia, ketika itu keadaan ekonomiku jauh lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Demi ALLAH, aku tidak pernah memiliki barang dagangan lebih dari dua muatan unta, akan tetapi pada waktu peperangan itu aku memikinya.






Sungguh, tidak pernah RasuLLAH SAW merencanakan suatu peperangan melainkan beliau merahasiakan hal itu, kecuali pada perang Tabuk ini. Peperangan ini, berlaku dalam keadaan panas terik matahari gurun yang sangat menyengat, menempuh perjalanan teramat jauh, serta menghadapi lawan yang benar-benar besar dan kuat.


RasuluLLAH SAW mempersiapkan pasukan yang akan berangkat. Aku pun mempersiapkan diri untuk ikut serta, tiba-tiba timbul fikiran ingin membatalkannya, lalu aku berkata dalam hati, “Aku boleh sahaja (tidak ikut) kalau aku mahu!”

Akhirnya, aku terbawa oleh fikiranku yang ragu-ragu, hingga pasukan kaum Muslimin mulai meninggalkan Madinah.Apabila aku melihat pasukan Muslimin mulai meninggalkan Madinah, maka timbul fikiranku untuk mengejar mereka, sementara mereka belum jauh. Namun, aku tidak melakukannya, kemalasan menghampiri dan bahkan menguasai diriku.

Nampaknya aku ditakdirkan untuk tidak ikut. Akan tetapi, aku merasakan pjiwaku menderita sejak RasuluLLAH SAW meninggalkan Madinah. Apabila aku keluar rumah, maka di jalan-jalan aku merasakan terpencilnya diriku kerana aku tidak melihat orang kecuali orang-orang yang diragui keislamannya. Mereka adalah orang-orang yang sudah mendapatkan rukhshah atau izin ALLAH Ta’ala kerana uzur atau kalau tidak demikian maka mereka adalah orang-orang munafik. Padahal, aku merasakan bahwa diriku tidak termasuk keduanya.Kononnya, RasuluLLAH tidak menyebut-nyebut namaku sampai ke Tabuk. Setibanya di sana, ketika baginda sedang duduk-duduk bersama sahabatnya, beliau bertanya, “Apa yang dilakukan Ka’ab bin Malik?”

Seorang dari Bani Salamah menjawab, “Ya RasuluLLAH, ia ujub pada keadaan dan dirinya!” Mu’az bin Jabal menyangkal, “Buruk benar ucapanmu itu! Demi ALLAH, Ya RasuluLLAH, aku tidak pernah mengerti melainkan kebaikannya saja!” RasuluLLAH SAW hanya diam sahaja.

Beberapa waktu setelah berlalu, aku mendengar RasuLLAH SAW kembali dari medan jihad Tabuk. Pelbagai bisikan, desakan dan dorongan yang menyeru aku untuk membawa alasan palsu ke hadapan RasuluLLAH SAW, bagaimana caranya supaya tidak terkena marahnya? Aku minta pandapat dari beberapa orang keluargaku yang terkenal berfikiran baik. Akan tetapi, ketika aku mendengar Nabi SAW tiba di Madinah, lenyaplah semua fikiran jahat itu. Aku merasa yakin bahwa aku tidak akan dapat menyelamatkan diri dengan kebatilan itu sama sekali. Maka, aku bertekad untuk menemui RasuluLLAH SAW dan mengatakan hal sebenarnya.

Pagi-pagi lagi, RasuluLLAH SAW memasuki kota Madinah. Sudah menjadi kebiasaan, sesudah baginda kembali dari suatu perjalanan, pertama sekali baginda masuk ke masjid dan bersolat dua rakaat. Demikian pula kepulangan dari Tabuk,setelah selesai solat baginda kemudian duduk melayani tetamunya. Lantas, datanglah orang-orang yang tidak ikut perang Tabuk dengan membawa alasan masing-masing diiringi sumpah palsu untuk menguatkan alasan mereka. Jumlah mereka kira-kira lapan puluhan orang. RasuluLLAH SAW menerima alasan lahir mereka; dan mereka memperbaharui baiat setia mereka. Baginda memohon keampunan bagi mereka dan menyerahkan soal batinnya kepada ALLAH. Kemudian tibalah pula giliranku, aku datang mengucapkan salam kepada baginda. Baginda membalas dengan senyuman pula. Namun jelas terlihat bahawa senyuman baginda itu adalah senyuman yang memendam rasa marah. Beliau kemudian berkata, “Kemarilah!”

Aku pun menghampirinya, lalu duduk di hadapannya. Beliau tiba-tiba bertanya, “Wahai Ka’ab, mengapa dirimu tidak ikut? Bukankah kau telah menyatakan baiat kesetianmu?”

Aku menjawab, “Ya RasuluLLAH! Demi Allah. Kalau duduk di hadapan penduduk bumi yang lain, tentulah aku akan berhasil keluar dari amarah mereka dengan berbagai alasan dan dalil lainnya. Namun, demi ALLAH. Aku sedar kalau aku berbohong kepadamu dan engkau pun menerima alasan palsuku, aku khuatir ALLAH akan membenciku. Akan tetapi jika aku bbericara jujur, kemudian kerana itu engkau marah kepadaku, sesungguhnya aku berharap ALLAH akan mengampuni kealpaanku. Ya RasuluLLAH, demi ALLAH, aku tidak punya uzur. Demi ALLAH, keadaan ekonomiku aku tidak pernah stabil dibanding tatkala aku mengikutimu itu!”RasuluLLAH berkata, “Kalau begitu, tidak salah lagi. Kini, pergilah kamu sehingga ALLAH menurunkan keputusan-Nya kepadamu!”

Aku pun pergi diikuti oleh orang-orang Bani Salamah. Mereka berkata kepada, “Demi ALLAH. Kami belum pernah melihatmu melakukan dosa sebelum ini. Kamu nampaknya tidak mampu membuat-buat alasan seperti yang lain, padahal dosamu itu akanh terhapus oleh permohonan ampun RasuluLLAH!”Mereka terus saja menyalahkan tindakanku itu hingga ingin rasanya aku kembali menghadap RasuluLLAH untuk membawa alasan palsu, sebagaimana orang lain melakukannya.

Aku bertanya kapada mereka, “Apakah ada orang yang senasib denganku?”
Mereka menjawab, “Ya! Ada dua orang yang jawapannya sama denganmu. Sekarang mereka berdua juga mendapat keputusan yang sama dari RasuluLLAH sebagaimana keadaanmu sekarang!”

Aku bertanya lagi, “Siapakah mereka itu?”Mereka menjawab, “Murarah bin Rabi’ah Al-Amiri dan Hilal bin Umayah Al-Waqifi.”Mereka menyebutn dua nama sahabat yang pernah ikut serta dalam perang Badar. Sebaik sahaja mereka menyebut nama dua sahabat tadi, aku bergegas pergi menemui mereka.
Tak lama setelah itu, aku mendengar RasuluLLAH melarang kaum muslimin berbicara dengan kami bertiga, di antara lapan puluhan orang yang tidak ikut dalam perang tersebut.

Kami memencilkan diri daripada masyarakat umum. Sikap mereka sudah lain kepada kami sehingga rasanya aku hidup di suatu negeri yang lain dari negeri yang aku kenal sebelumnya. Kedua rakanku itu berkurung di rumah masing-masing menangisi nasib diri, tetapi aku yang paling kuat dan tabah di antara mereka. Aku keluar untuk solat berjamaah dan keluar masuk pasar sekalipun tiada seorang pun yang mahu berbicara denganku atau mendengar bicaraku. Aku juga datang ke majilis RasuluLLAH sesudah baginda bersolat. Aku mengucapkan salam kepada beliau, dan hati kecilku tertanya-tanya sambil memperhatikan bibir baginda, “Apakah baginda menggerakkan bibirnya menjawab salamku atau tidak?”

Aku juga bersolat dekat sekali dengan baginda. Aku mencuri pandang melihat pandangan beliau. Kalau aku mahu bangun bersolat, RasuluLLAH melihat kepadaku. Namun, apabila aku melihat kepadanya, RasuluLLAH cepat-cepat memaling wajahnya dariku. Sikap dingin masyarakat kepadaku terasa lama sekali. Pada suatu hari, aku mengetuk pintu paga Abu Qatadah, saudara bisanku dan ia adalah saudara yang paling aku cintai. Aku mengucapkan salam kepadanya, tetapi demi ALLAH, ia tidak menjawab salamku.
Aku menegurya, “Abu Qatadah! Aku mohon dengan nama ALLAH, apakah kau tahu bahawa aku mencintai ALLAH dan Rasul-Nya?”Dia diam. Aku mengulangi permohonanku itu, namun ia tetap terdiam. Aku mengulangi permohonanku itu, namun ia tetap terdiam. Aku mengulanginya sekali lagi, tapi ia hanya menjawab, “ALLAH dan Rasul-Nya lebih tahu!”Air mataku tidak tertahankan lagi. Kemudian aku kembali dengan penuh rasa kecewa.Pada suatu hari, aku berjalan-jalan ke pasar kota Madinah. Tiba-tiba datanglah orang awam dari negeri Syam. Orang itu biasanya mengantarkan barang dagangan ke kota Madinah. Dia bertanya, “Siapakah yang mahu menolongku menemui Ka’ab bin Malik?”Orang-orang di pasar itu menunjuk kepdaku, lalu orang itu datang kepadaku dan menyerahkan sepucuk surat kepadaku dan menyerahkan sepucuk surat dari Raja Ghassan. Setelah kubuka, isinya sebagai berikut, “… Selain dari itu, bahawa sahabatmu sudah bersikap dingin terhadapmu. ALLAH tidak menjadikan kau hidup terhina. Maka, ikutlah dengan kami di Ghassan, kami akan menghiburkan mu dan memberi kekayaan kepada mu!” 


[Nota: Raja Ghassan adalah antara raja-raja yang dikirimi surat oleh RasuluLLAH. Raja Ghassan menolak surat nabi dengan kasar. Utusan yang dikirim Nabi dibunuh dengan kejam oleh raja Ghassan.]Hatiku berkata ketika membaca surat itu, “Ini juga salah satu ujian!” Lalu aku memasukkan surat itu ke dalam tungku dan membakarnya.Pada hari yang ke-40 pemulauan di kampung halaman sendiri, ketika aku menanti-nantikan turunnya wahyu tiba-tiba datanglah kepadaku seorang utusan RasuluLLAH menyampaikan pesannya, “RasuluLLAH memerintahkan kepadamu supaya kamu menjauhi isterimu!”Aku semakin sedih, namun aku juga semakin pasrah kepada ALLAH, hingga terlontar pertanyaanku kepadanya, “Apakah aku harus menceraikannya atau apa yang akan ku lakukan?”Dia menjelaskan, “Tidak. Akan tetapi, kamu harus menjauhkan dirimu darinya dan menjauhkannya dari dirimu!”Fikirku Rasulullah juga sudah mengirimkan pesanannya kepada dua sahabat yang senasib denganku. Aku segera memerintahkan kepada isteriku, “Pergilah kamu kepada keluargamu sehingga ALLAH memutuskan hukumannya kepada kita!”Isteri Hilal bin Umaiyah pergi menghadap RasuluLLAH lalu dia bertanya, “Ya RasuluLLAH, sebenarnya Hilal bin Umaiyah seorang yang sudah sangat tua, lagi pula ia tidak memiliki seorang pembantu. Apakah ada keberatan kalau aku melayaninya di rumah?”RasuluLLAH menjawab, “Tidak! Akan tetapi ia tidak boleh mendekatimu!”
Isteri Hilal menjelaskan, “Ya RasuluLLAH! Dia sudah tidak bersemangat pada yang itu lagi. Demi ALLAH, yang dilakukannya hanya menangisi dosanya sejak saat itu hingga kini!”

Ada seorang ahli keluargaku yang juga mencadangkan, “Cubalah minta izin kepada RasuluLLAH supaya isterimu melayani dirimu seperti isteri Hilal bin Umayah!”Aku menjawab tegas, “Tidak Aku tidak akan minta izin kepada RasuluLLAH tentang isteriku. Apa katanya kelak, sedangkan aku masih muda?”

Akhirnya, hari-hari selanjutnya aku hidup seorang diri di rumah. Lengkaplah bilangan malam sejak orang-orang dicegah berbicara denganku menjadi 50 hari 50 malam. Pada waktu sedang solat subuh di suatu pagi, ketika aku sedang dudung berzikir minta ampun dan mohon dilepaskan dari kesempitan hidup dalam alam yang luas ini, tiba-tiba aku mendengar teriakan orang-orang memanggil namaku. “Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah! Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah!”

Sebaik sahaja mendengar berita itu aku, aku terus sujud memanjatkan syukur kepada ALLAH. Aku yakin pembebasan hukuman telah dikeluarkan. Aku yakin, ALLAH telah menurunkan keampunan-Nya dan menerima taubatku.

RasuluLLAH menyampaikan berita itu kepada sahabat-sahabatnya setelah selesais soat subuh bahwa ALLAH telah mengampuni aku dan dua orang sahabatku. Berlumba-lumbalah orang mendatangi kami, hendak menceritakan berita gembira itu. Ada yang datang dengan berkuda, ada pula yang datang dengan berlari dari jauh mendahului yang berkuda. Sesudah keduanya sampai di hadapanku, aku berikan kepada dua orang itu kedua -dua pakaian yang aku miliki. Demi ALLAH, saat itu aku tidak memiliki pakaian kecuali yang dua itu.

Aku mencari pinjaman pakaian untuk menghadap RasuluLLAH. Ternyata aku telah disambut orang ramai dan dengan serta-merta mereka mengucapkan selamat kepadaku. Demi ALLAH, tidak seorang pun dari muhajirin yang berdiri dan memberi ucapan selamat selain Thal’ah. Sikap Thalhah itu tak mungkin aku lupakan. Sesudah aku mengucapkan salam kepada RasuluLLAH, mukanya tampak cerah dan gembira, kemudian baginda berkata,

“Bergembiralah kau atas hari ini! Inilah hari yang paling baik bagimu sejak kau dilahirkan oleh ibumu!”

“Apakah dari ALLAH ataukah dari engkau ya RasuluLLAH?” tanyaku dengan penuh sabar.

“Bukan dariku! Pengampunan itu datangnya dari ALLAH!” jawab RasuluLLAH.
Demi ALLAH, aku belum pernah merasakan besarnya nikmat ALLAH kepadaku sesudah Dia memberi hidayah Islam kepadaku, lebih besar bagi jiwaku daripada sikap jujurku kepada RasuluLLAH.”

Ka’ab lalu membaca ayat pengampunannya (a-taubah :118) itu dengan penuh teraru dan syahdu, sementara air matanya berderai membasahi kedua pipinya.

“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah:118)
Kisah Ka’ab ini merupakan sebahagian daripada episod dalam kisah Perang Tabuk. Ka’ab merupakan salah seorang daripada 3 mukmin yang tidak turut serta dalam kempen itu walaupun berkemampuan.

Mereka mengakui kesilapan itu dengan tidak mengemukakan apa-apa alasan apabila disoal oleh Rasul sekembalinya tentera dari kempen itu dan hanya mengaku bersalah dengan jujur. Ini bertentangan dengan golongan Munafiqin yang tidak turut serta tetapi mengemukakan pelbagai alasan untuk melepaskan diri. RasuluLLAH tetap menerima alasan mereka walaupun tahu tentang kemunafiqan mereka. Taubat Kaab diceritakan dalam Surah Taubah, ayat 118. Terdapat juga sekumpulan yang betul-betul uzur dan terlepas daripada menyertai kempen ini. Golongan ini dihuraikan dalam Surah Taubah, ayat 91.

Ka’ab dan dua lagi mukmin ini (Mararah al Rabi’, Hilal b Umaiyah) dihukum boikot oleh ALLAH SWT sehingga ALLAH SWT menerima taubat mereka. Dan ALLAH menerima taubat mereka pada waktu Subuh selepas berlalu malam yang ke-50.

Dalam tempoh boikot yang tidak diketahui hujungnya itu, Ka’ab menanggung beban dugaan yang sungguh besar.

Antaranya:


1) Orang-orang mukmin dilarang mutlak daripada berurusan dengan mereka, hatta menjawab salamnya sekalipun.


2) Isteri-isteri mereka diasingkan daripada mereka bermula dari malam yg ke-40.


3) Raja Ghassan cuba untuk menghasut Ka’ab menyertai mereka serta dijanjikan dengan habuan jika meninggalkan barisan saf muslimin.


4) Cubaan untuk kekal dalam iman walaupun dihukum untuk tempoh yang tidak pasti (boleh jadi diboikot sehingga akhir hayat mereka)

Pemulauan ini diangkat oleh ALLAH dengan turunnya ayat 118 surah at-Taubah dankeindahan ukhuwwah dalam kalangan orang-orang beriman jelas terpancar apabila seluruh Madinah bergembira ketika ayat itu diturunkan. Mereka berkejaran mendapatkan Ka’ab untuk memaklumkan penerimaan taubatnya dan ukhuwwah mereka bersambung kembali.

Daripada sirah di atas, cubalah kita bandingkan dengan keadaan diri kita. Bagaimana Ka’ab bin Malik dihukum, berpunca daripada sikapnya yang berlengah-lengah, leka dan bermalas-malasan ketika seruan jihad dilaungkan. Bukan aku bermaksud mahu merendah-rendahkan Ka’ab bin Malik, kerana jika dibandingkan dengan beliau, iman kita tidak sampai ke mana. Andaikata iman Ka’ab itu sehebat kuda perang, maka iman aku tidak sekali-kali akan menyamai iman beliau sekalipun hanya sebesar debu yang melekat pada kaki kuda perang tersebut.

Cuba kita hubungkan dengan kehidupan. Jika Ka’ab bin Malik tidak ikut serta berperang, cuba kita hubungkan dengan amanah-amanah kita. Bagaimana sikap kita ketika mendapat seruan untuk berdakwah? Bagaimana sikap kita ketika menerima amanah? Apakah kita bersegera untuk melaksanakannya? Apakah sebaliknya kita merasa enggan, malas dan akhirnya tidak melaksanakan amanah itu seperti kisah Ka’ab bin Malik?

Keadaan yang dialami Ka’ab bin Malik saat itu adalah contoh keadaan ketika mengalami futur, ketika kondisi keimanannya lemah. Ka’ab bukan termasuk golongan orang munafik yang menguzurkan dirinya untuk tidak ikut perang dengan berbagai alasan. Tetapi beliau jujur kepada RasuluLLAH menyedari kesalahannya dan bertaubat. Beliau segera BANGKIT dari kondisi futurnya dan ikhlas menerima hukuman apapun.

Bagaimana dengan diri kita? Apakah kita akan menguzurkan diri kita dengan berbagai alasan ketika kita diberi amanah, padahal alasan sebenarnya kerana kemalasan kita.Apakah kita akan menyalahgunakan kepandaian kita untuk membuat-buat alasan. Apakah kita sering mengelak untuk datang mesyuarat, bengkel, liqa’, tamrin, usrah dan sebagainya tanpa alasan yang syar’ei kerana kita malas atau mendahulukan perkara lain yang tidak penting. Atau mungkin datang tapi sengaja lewat kerana berlengah-lengah, tanpa sebarang keuzuran?

Padahal dalam sebuah ayat Al Qur’an, kita disuruh untuk berangkat jihad dalam keadaan merasa berat mahupun ringan (lihat surah At-Taubah :41-49).

Aku menyeru kepada diriku dan sahabat-sahabat semua agar kita sama-sama mengambil iktibar daripada kisah di atas bagi memperbaiki prestasi gerak-kerja kita dalam dakwah dan jamaah.